approved & supported by :

Sunday, September 27, 2009

idea-idea gembira

kadangkala hidup ini cukup bosan dan memenatkan..kita jadi tertekan dengan keadaan. saya selalu rasa macam itu.cuma sekarang ini lebih risau dengan keadaan. kawan-kawan juga ada yang berasa begitu.

jadi apa kata kita fikirkan benda yang buat kita gembira.senyum dan senang hati :)

kawan-kawan,

kalau ada idea cuba nyatakan disini...

terima kasih

Saturday, September 26, 2009

aku ingin pergi mengembara

banyak sangat perkara yang berlaku kebelakangan ini. masalah macam menghantui aku dari hari ke hari. aku juga baru habis menonton kembali siri the hoppers & ahli muzik. best! walaupun dah ulang balik, tetap best. sebabnya cerita yang ada kisah pengembaraan. aku rasa aku mahu pergi jalan-jalan.pergi mengembara,tengok dunia.

ya.aku akan pergi mengembara.jalan-jalan selepas ini. lepas periksa. ouh..naik muak aku fikir tentang hidup yang bosan dengan perkara-perkara yang aku susah nak minat. sikit sahaja lagi..kemudian insyaallah dunia menunggu aku.. menunggu aku untuk mengembara. kalau ada usia..aku akan mula berjalan..dan berjalan.

sesungguhnya dunia ini tuhan ciptakan untuk manusia itu melihat keagungan dan kekuasaan Nya. kita belajar dari kekuasaan Nya. yang pasti, aku mahu pergi jalan-jalan mengembara..

Thursday, September 24, 2009

sudah lama sebenarnya aku mahu menulis tentang perkara ini. cuma setiap masa yang berlalu itu merubah cara pemikiran aku. hari-hari bila difikirkan kembali, hidup di usia muda ini banyak perkara yang berlaku. persoalan yang sukar dijawab. kadangkala keraguan itu bagaikan satu kemestian pula rasanya.

orang kata masa zaman muda lah banyak perkara yang kita akan lalui. tapi satu perkara yang sangat-sangat sinonim dengan remaja dan zaman muda ialah cinta. percintaan. bercinta dan sewaktu dengannya. ramai rakan-rakan dan kenalan yang sedang berbahagia dilamun dan mungkin dilambung dengan perasaan bahagia disebabkan oleh cinta. aku tumpang gembira untuk mereka.

tapi sebenarnya cinta ini banyak mengajar manusia. sangat banyak mungkin. kerana setiap cerita cinta itu berbeza. setiap orang melaluinya mungkin.tapi jalan cerita yang lain dan berbeza-beza. ada orang yang jadi hebat kerana cinta. ada orang rasa hebat kerana cinta. dan tak ketinggalan ada yang jadi bodoh dan dungu dek kerana cinta.

cinta boleh diibaratkan macam satu perkara yang kita perlu lalui dulu,kemudian baru kita dapat rasakan nya. ia tak boleh dipelajari daripada buku atau internet. kalau kita dengar cerita cinta daripada kawan-kawan kita pun,kita masih tak akan dapat mengerti apa itu cinta. lebih kurang macam itulah ceritanya.

cuma kadangkala kita sendiri susah nak pastikan adakah perasaan yang wujud itu sebenarnya adalah yang akan kekal? yang akan berterusan hingga ke akhirnya. aku pasti ramai yang tak mampu untuk menjawab soalan ini. Ini kira macam, kau tak akan tahu selagi kau tak melalui segalanya. yang boleh hanya kepercayaan dan harapan yang diletakkan terhadap cinta itu.

aku pun bukannya pakar bidang ini. hanya tahu sedikit sahaja. dan untuk aku.perkara cinta ini sememangnya sukar dan sangat susah. mungkin bila dah sedia dan tiba masanya baru aku akan mula menulis cerita sendiri. mungkin bahagia dan gembira. tapi harap dijauhkan dari yang sebaliknya. sekarang ini banyak perkara yang perlu diuruskan terlebih dahulu. matlamat yang menunggu aku disitu. buat kawan-kawan yang yang bercinta.teruskan cerita cinta anda.aku doakan semoga berbahagia hendaknya...

yang benar,

farhannazmey

Wednesday, September 23, 2009

hatinya bagai kain putih belum berconteng

dia itu seperti satu makhluk yang sangat memendam. tidak mudah ceria.selalu diam sahaja. banyak sangat perkara yang memenuhi jiwa dari masa ke semasa. dia itu orang yang hidup dalam keresahan. bila hari-hari melanda dengan perkara yang tiada minat dan hati lagi untuknya, masa itu berjalan dengan begitu lambat.

gelora hati dia itu sentiasa berubah. ketika hatinya jadi baik dunia menyebelahinya. ketika titik hitam mula meresap ke hatinya dunia nampak berat sebelah. tak pernah rasa puas dengan dunia. hati kecamuk hilang tenang. susah hendak dicerita dengan tulisan. tapi itulah hati dia. yang dulunya putih belum conteng,kini sudah mula bertukar warna.warna yang dunia nya itu sendiri tentukan.

kadang-kadang dia sedar apa itu nafsu yang merubah warna hati.tapi jiwa dia itu juga manusia. manusia yang lemah cintakan dunia. hatinya kadangkala rapuh. kadangkala keras macam besi.
dia pejam mata.tarik nafas...

namun rompong hatinya itu belum lagi di isi. banyak lagi ruang yang belum dipenuhi dengan matlamat. matanya tajam. dirinya nekad. hidup perlu diteruskan.cuma masalahnya,ada berapa banyak masa sahaja lagi yang tinggal?

Saturday, September 19, 2009

salam syawal 1430 hijrah

alhaamdulillah... sampai kita di akhir bulan "bonus" yang Allah s.w.t. berikan kepada kita. Bulan Ramadhan al-Mubarak pergi meninggalkan kita. Semoga kita mendapat segala limpah dan rahmat bulan Syawal ini InsyaALLAH.

Kini bulan Syawal disambut gembira. Hari Raya Aidilfitri akan disambut gembira. Secara jujurnya, aku sendiri agak terkilan kerana pada tahun ini aku sangat sibuk dibulan ramadhan dengan pelbagai kerja dan komitmen lain. Teringat pesan itu.Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Benar,masa kita lapang perlulah digunakan sebaiknya sebelum datang masa sempit.

Aku juga ingin memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat dan kenalan aku sepanjang perkenalan.Halalkan makan minum.Kalau ada aku berhutang, yang ingin dituntut mintalah dengan aku. Maafkan juga kalau ada tingkah laku aku yang kalian tidak suka, dan membuatkan kalian sakit hati dan sebagainya. Mohon maaf dari hati yang ikhlas.

Semoga syawal 1430 hijrah ini akan disambut dengan gembira dan penuh keserdahanaan. Dan ada beberapa pihak yang aku ingin nyatakan disini.yang aku agak terhutang budi dan sebagainya.Nama sebenar tidak dipamerkan,tapi kalian tahu diri kalian sendiri. Selamat Hari Raya! maaf zahir batin. :)

khas buat mereka

starian 015 :

kepada semua rakan2 starian 015 aku sangat2 rindu pada kamu semua. maafkan kalau ada salah dan silap. aku juga mohon maaf kerana tidak dapat menjalankan tugas dengan efektif kerana sibuk dengan tugas lain.InsyaALLAH akan diusahakan untuk yang lebih baik.

rakan-rakan uitm :

ahli kerja kumpulan

kepada F, M, H aku nak mohon maaf sangat2.kerana terpaksa meninggalkan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan kerana sibuk dengan kerja-kerja lain. Kalau kalian marah dan bengang,aku faham.Aku bersalah dalam hal ini.tapi di hari lebaran ini aku mohon maaf ye.

komiti aftas

kepada anda semua, aku mohon maaf.kalau ada terkasar bahasa atau ada yang tidak puas hati dengan tingkah laku aku.harap dimaafkan.

ac 220 6c

rakan-rakan sekelas aku.yang rapat mahupun yang biasa-biasa sahaja. mohon maaf dan harap dimaafkan.aku tahu aku kadangkala bertindak ikut perasaan sangat,kalau ada terkasar bahasa harap maafkan.tak elok simpan dalam hati. maaf zahir batin! :)

rakan-rakan facebook

mohon maaf. dan selamat hari raya :) terima kasih kepada semua yang sudi menjadi rakan di facebook aku ini.

rakan-rakan,kenalan dan semua yang mengenali diri

Selamat hari raya kepada semua :) maaf zahir batin.

ucapan khas

J : terima kasih kerana banyak sebab banyak tolong saya masa puasa.hantar balik semua. kalau ada bergurau yang lebih-lebih ke :D tapi best gurau2 tu.hehe.selamat hari raya.maaf zahir batin.

F : sahabat yang sangat aku banyak susahkan. selamat hari raya maaf zahir batin. terima kasih kerana sudi menolong aku dalam banyak sangat perkara. semoga Allah s.w.t. saja membalasnya.

N : seorang sahabat yang sangat-sangat aku dihormati dan banyak membantu hidup aku dengan kata-kata nya.terima kasih atas segalanya. aku sentiasa mendoakan kesihatan dan kebaikkan kamu.

E : kawan yang sangat best. macam-macam benda yang kita kongsi kan.terima kasih atas segala yang pernah terjadi.selamat hari raya.

dan semua yang rasa dirinya mengenali farhan nazmee

selamat hari raya maaf zahir

Friday, September 18, 2009

resmi padi

ikutlah resmi padi.makin tunduk makin berisi. ini adalah peribahasa yang telah dicipta oleh nenek moyang dan keturunan kita yang lepas. peribahasa yang sangat bererti kepada generasi baru.namun ia semakin dilupakan oleh kita,mereka dan semua.

aku ingin melontarkan pandangan di kala ramadhan semakin pergi dan syawal hampir pasti. manusia kini lupa tentang hidup sebenarnya. baru semalam aku berbual kosong bersama beberapa orang rakan.bagaimana manusia itu tidak dapat belajar tentang sesuatu jika dia sendiri tidak melaluinya.

zaman sekarang ini, orang hidup senang. ada duit semua dapat.ada pengaruh semua mampu. ada kuasa pasti dibela. konsep hidup yang sebenarnya merosakkan jati diri manusia. manusia lupa tentang asal usul mereka. hidup dalam keadaan yang sangat hampir sempurna.apa yang diinginkan pasti dapat. tak perlu bersusah payah mencari. duit bukan persoalan.ambil dari bank dan belanja sakan.

aku terfikir.pernahkah golongan seperti yang diatas ini fikirkan tentang mereka yang kurang bernasib baik? jika ada,alhamdulillah..semoga mereka turut membantu golongan ini. Tapi aku agak "kasihan" kepada golongan yang hidup senang lenang ini jika mereka tidak mengerti apa itu kesusahan. Kesusahan dan kepayahan itu adalah satu elemen penting hidup manusia. Yang membuatkan kita rasa bersyukur dengan apa yang ada. Bila kita melihat orang lain tidak cukup makan, tetapi kita makan diwarung murah.kita akan bersyukur kerana kita ada makanan. tapi jika kita mewah dan senang.mungkin kita lupa tentang ini.

semoga resmi padi ini kita ikuti.bila kita hidup senang dan mewah. pandanglah ke bawah.kepada golongan yang kurang mewah dan bernasib baik itu.kerana itu lebih mulia dan kita akan belajar sesuatu daripadanya..

Thursday, September 17, 2009

entri tulisan jiwa bersahaja


dimensi mata kita pabila melihat sesuatu.

yang jelas adalah apa yang kita lihat.yang kabur adalah sesuatu yang tersirat. inilah satu lagi perkara yang membuatkan kita rasa tak senang hati. Kita hanya boleh melihat fizikal sahaja.tapi dalam hati, hanya seorang yang tahu.

sesungguhnya manusia itu satu makhluk sosial yang tidak punya persamaan yang 100%. baik lelaki dan perempuan. semuanya tidak sama. kadangkala aku terfikir kenapa perlu ada rasa yang sedemikian rupa, walau kita sendiri tidak mampu mengawalnya.

hati dan perasaan.

orang kata hati dan perasaan itu putik cinta. aku diam. tanya kembali kenapa. susah dan sukar sebenarnya. perkara-perkara rumit dari sebegini memang sukar dirungkai dengan kata-kata. walaupun kau rasa kau hebat dan mahir,tapi sebenarnya kau hanya tahu secebis. yang lain itu tiada diberitahu. carilah sendiri...

kata-kata manusia normal kadangkala penuh makna yang tidak jelas..hati itu kurang mengerti kalau kau tidak mahu berubah...

Wednesday, September 16, 2009

fikiran logik ke hadapan


sudah lama benar arena blog ini aku sepikan. tulisan terakhir adalah pada 15 Ogos, dan hari ini ialah 16 September.Sudah hampir sebulan blog ini tiada bertulis. Jadi selama sebulan ini berbagai-bagai jenis cerita yang berlaku.perkara lama dan perkara baru. Aku juga mengambil kesempatan untuk menghormati bulan Ramadhan yang berkunjung tiba ini. Jadi diakhir ramadhan ini aku kembali mengisi ruang blog ini.

Aku ingin menulis tentang berfikir logik dan pandang ke hadapan. Selama sebulan ini macam-macam perkara yang bermain di kotak fikiran aku. Dan aku sedar yang manusia ini sebenarnya ada satu perasaan yang akan melalut kalau tidak dibendung.Keadaan dimana manusia akan jadi "satu karekter" yang baru dalam hidupnya. Manusia kadangkala terlalu mengikut perasaan dan lupa tentang pemikiran yang logik itu.

Bagaimana pula tentang perasaan yang sering berkait dengan hati? ramai yang berpendapat kita perlu menjaga hati orang lain dan sebagainya.tapi adakah itu sebenarnya niat kamu? bagaimana kamu ingin meluahkan sesuatu yang kamu rasa itu tanpa menyakitkan hati pihak tertentu? sukar...sangat sukar...memang sukar... aku juga kadangkala jadi macam manusia yang tak betul nak memikirkan jawapan ini...hati dan perasaan manusia ini sesuatu yang kompleks.rumit lagi kompleks.

bersambung....